PASTOR IBRAHIM LAGAN

PASTOR IBRAHIM LAGAN
Salam sejahtera dalam kasih jesus kristus.Saya memuji tuhan kerana pada hari ini,semua yang kita usahakan dapat kita saksikan dengan nyata keranaanugerah tuhan maka pelayanan KBM Hebron berada sebagaimana adanya pada hari ini.Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menghargai serta mengucapkan banyak terima kasih pada semua saudara dan saudari yang bekerja kerasselama ini.khususnya Pastor Ruran.Elder Chew ,Ps Sigar dan Ps Ivung.Saya sekali lagi ingin katakan puji tuhan dan semoga tuhan memberkati kamu sekalian.Pelayanan KBM di mulakan oleh tiga orang di bawah naungan Gereja Immanuel Muar pada 1.1.2003 di kawasan Skudai Parade.mereka memulakan dengan 5 keluarga.2 tahun kemudian,anggotanya mencapai 50 pada 1.02.2005.Oleh kerana anugerahnya melalui pelayanan serta pengorbanan mereka ini,sekian banya orang di selamatkan di kawasan Skudai Parade.Inilah doa dan harapan kita bagi semua KBM Presbyterian Malaysia

Friday 11 June 2010

MENGAPA KITA PERLU BERDOA

Mengapa berdoa?




Soalan: Mengapa berdoa? Apa guna berdoa sekiranya Tuhan sudah mengetahui masa depan dan berkuasa atas semua perkara?Jikalau kita tidak dapat mengubah fikiran Tuhan, mengapakah harus berdoa?

Jawapan: Bagi orang Kristian, berdoa itu seperti bernafas. Ianya lebih mudah dilakukan daripada tidak dilakukan. Kita berdoa disebabkan pelbagai perkara. Doa adalah satu bentuk pelayanan kepada Tuhan (Lukas 2:36-38) dan ketaatan kepada-Nya. Kita berdoa sebab Tuhan memerintahkan kita supaya berdoa (Filipi 4:6-7). Kristus dan gereja yang awal telah memberikan contoh dalam soal berdoa kepada kita (Markus 1:35; Kisah 1:14; 2:42; 3:1; 4:23-31; 6:4; 13:1-3). Sekiranya Yesus mementingkan doa maka kita juga perlu mengambil sikap dan tindakan yang sama. Sekiranya Dia perlu berdoa untuk tinggal dalam kehendak Bapa, bukankah kita lebih lagi memerlukannya? 

Kita juga berdoa sebab Tuhan mahu menjadikan doa sebagai jalan mendapatkan penyelesaian-Nya kepada banyak keadaan. Kita berdoa untuk bersedia sebelum mengambil keputusan-keputusan yang besar (Lukas 6:12-13), untuk mengatasi halangan roh-roh jahat (Matius 17:14-21), untuk mengumpul penuai-penuai bagi tuaian rohani (Lukas 10:2), untuk mendapatkan kekuatan dalam mengatasi pencobaan (Matius 26:41) dan mendapatkan cara untuk memperkuatkan orang lain secara rohani (Efesus 6:18-19). 

Kita datang kepada Tuhan dengan permohonan-permohonan khusus dan Tuhan berjanji doa-doa kita tidak akan sia-sia walaupun kita tidak menerima apa yang diminta (Matius 6:6; Roma 8:26-27). Dia telah berjanji apabila kita meminta sesuatu yang bersesuaian dengan kehendak-Nya, Dia akan mengabulkan permintaan kita (1 Yohanes 5:14-15). Kadangkala dalam hikmat-Nya Dia melambatkan jawaban doa demi kebaikan kita. Dalam keadaan seperti itu kita perlu bertekun dan tidak jemu-jemu dalam berdoa (Matius 7:7; Lukas 18:1-8). Doa tidak boleh dianggap sebagai cara untuk menyuruh Tuhan melakukan sesuatu untuk kita, melainkan sebagai satu cara untuk melaksanakan kehendak Tuhan di atas bumi. Hikmat Tuhan sangat jauh mengatasi hikmat kita. 

Dengan berdoa kita mengetahui kehendak Tuhan apabila berhadapan dengan sesuatu yang tidak pasti. Sekiranya perempuan Siro-Fenisia yang anak perempuannya kerasukan roh jahat itu tidak berdoa kepada Kristus, anak itu tidak akan mengalami kesembuhan (Markus 7:26-30). Sekiranya orang buta di luar kota Yerikho itu tidak berteriak kepada Yesus, dia akan tetap buta (Lukas 18:35-43). Tuhan berkata kita tidak menerima apa-apa sebab tidak berdoa (Yakobus 4:2). Dalam satu segi, berdoa adalah seperti mengongsikan Injil dengan orang lain. Kita tidak tahu siapa akan respon kepada pemberitaan Injil selagi kita belum mengongsikannya. Dalam cara yang sama kita tidak akan melihat jawaban doa sebelum kita berdoa.

Kurangnya doa menampakkan kurangnya iman dan kepercayaan terhadap Firman Tuhan. Kita berdoa untuk menyatakan iman kita di dalam Tuhan, bahawa Dia akan lakukan apa yang telah Dia janjikan dalam Firman-Nya dan memberkati kehidupan kita dengan berlimpah jauh melebihi permintaan kita (Efesus 3:20). Doa merupakan cara kita yang paling utama untuk melihat pekerjaan Tuhan dalam kehidupan orang lain. Disebabkan doa merupakan cara untuk “”bersambung” dengan” kuasa Tuhan, ia merupakan cara untuk mengalahkan Iblis dan askar-askarnya yang kita tidak dapat dihadapi dengan kemampuan sendiri. Oleh yang demikian, biarlah Tuhan sering mendapati kita datang di hadapan taktha-Nya, sebab kita memiliki Imam Besar di syurga yang telah merasakan semua yang kita rasa dan lalui (Ibrani 4:15-16). Dia berkata bahawa doa orang benar sangat besar kuasanya (Yakobus 5:16-18). Semoga Tuhan mempermuliakan nama-Nya apabila kita dengan penuh percaya datang kepada-Nya di dalam doa.

No comments:

Post a Comment