PASTOR IBRAHIM LAGAN

PASTOR IBRAHIM LAGAN
Salam sejahtera dalam kasih jesus kristus.Saya memuji tuhan kerana pada hari ini,semua yang kita usahakan dapat kita saksikan dengan nyata keranaanugerah tuhan maka pelayanan KBM Hebron berada sebagaimana adanya pada hari ini.Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menghargai serta mengucapkan banyak terima kasih pada semua saudara dan saudari yang bekerja kerasselama ini.khususnya Pastor Ruran.Elder Chew ,Ps Sigar dan Ps Ivung.Saya sekali lagi ingin katakan puji tuhan dan semoga tuhan memberkati kamu sekalian.Pelayanan KBM di mulakan oleh tiga orang di bawah naungan Gereja Immanuel Muar pada 1.1.2003 di kawasan Skudai Parade.mereka memulakan dengan 5 keluarga.2 tahun kemudian,anggotanya mencapai 50 pada 1.02.2005.Oleh kerana anugerahnya melalui pelayanan serta pengorbanan mereka ini,sekian banya orang di selamatkan di kawasan Skudai Parade.Inilah doa dan harapan kita bagi semua KBM Presbyterian Malaysia

Friday 11 June 2010

ACARA PEMBABTISAN DI ULU TIRAM




PEMBAPTISAN ROH KUDUS

Soalan: Apakah pembaptisan Roh Kudus?

Jawapan: Pembaptisan Roh Kudus boleh didefinisikan sebagai kerja Roh Tuhan menyatukan penganut dengan Kristus dan menyatukan penganut dengan penganut-penganut lain dalam Tubuh Kristus pada saat penyelamatan. 1 Korintus 12:12-13 dan Roma 6:1-4 adalah perenggan tumpuan dalam Kitab Injil yang mengandungi ajaran ini. 1 Korintus 12:13 menyatakan, "Demikian juga kita semua, baik orang Yahudi mahupun orang bukan Yahudi, baik hamba mahupun orang bebas; kita semua sudah dibaptis oleh Roh yang sama, supaya kita menjadi satu tubuh. Tuhan sudah mencurahkan Roh yang sama itu kepada kita." Roma 6:1-4 menyatakan, "Jika demikian, apakah yang harus kita katakan? Haruskah kita terus-menerus berbuat dosa supaya rahmat Tuhan semakin bertambah? Tentu tidak! Dosa tidak lagi berkuasa atas kita. Oleh itu bagaimanakah kita dapat terus-menerus melakukan dosa dalam hidup kita? Tidakkah kamu tahu bahawa pada masa kita dibaptis, kita dipersatukan dengan Yesus Kristus? Hal ini bererti kita dipersatukan dengan kematian-Nya. Dengan baptisan itu, kita dikubur dengan Kristus dan ikut mati bersama-sama Dia, supaya sebagaimana Kristus dibangkitkan daripada kematian oleh kuasa Bapa yang mulia, kita pun dapat mengamalkan hidup yang baru." Walaupun Roma 6 tidak menyatakan Roh Kudus dengan spesifik, ayat-ayat ini mengambarkan kedudukan penganut dalam Tuhan dan 1 Korintus 12 memberitahu kita bagaimana keadaan ini berlaku.

Tiga fakta yang perlu diperhatikan bagi membantu memantapkan pemahaman kita mengenai pembaptisan Roh Kudus. Pertama, 1 Korintus 12:13 jelas menyatakan bahawa semua orang telah dibaptis seperti semua orang telah dipaksa minum (didiami oleh Roh Kudus). Kedua, tiada bahagian dalam Alkitab yang menggesa para penganut untuk dibaptis dengan Roh Kudus. Hal ini menunjukkan bahawa semua penganut telah mengalami ministri ini. Akhir sekali, Efesus 4:5 seperti merujuk kepada pembaptisan Roh Kudus. Jika hal ini benar, pembaptisan Roh Kudus adalah realiti setiap penganut, seperti “satu iman” dan “seorang Bapa”.

Sebagai kesimpulannya, pembaptisan Roh Kudus melakukan dua perkara, (1) menyatukan kita dengan Tubuh Kristus, dan (2) menjadikan kenyataan penyaliban kita bersama Kristus. Berada dalam Tubuh-Nya bermakna kita telah bangkit bersama-Nya dan mengamalkan hidup yang baru (Roma 6:4). Kita patut menggunakan berkat rohani bagi memastikan Tubuh ini berfungsi dengan baik seperti yang dinyatakan dalam konteks 1 Korintus 12:13. Mengalami satu pembaptisan Roh Kudus adalah demi menyatukan gereja, seperti dalam konteks Efesus 4:5. Bersekutu dengan Kristus dalam kematian, pengebumian dan kebangkitan-Nya melalui pembaptisan Roh Kudus menetapkan dasar untuk menyedari pemisahan kita dengan kuasa dosa yang mendiami diri kita dan pengamalan hidup yang baru (Roma 6:1-10, Kolose 2:12).

No comments:

Post a Comment