PASTOR IBRAHIM LAGAN

PASTOR IBRAHIM LAGAN
Salam sejahtera dalam kasih jesus kristus.Saya memuji tuhan kerana pada hari ini,semua yang kita usahakan dapat kita saksikan dengan nyata keranaanugerah tuhan maka pelayanan KBM Hebron berada sebagaimana adanya pada hari ini.Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menghargai serta mengucapkan banyak terima kasih pada semua saudara dan saudari yang bekerja kerasselama ini.khususnya Pastor Ruran.Elder Chew ,Ps Sigar dan Ps Ivung.Saya sekali lagi ingin katakan puji tuhan dan semoga tuhan memberkati kamu sekalian.Pelayanan KBM di mulakan oleh tiga orang di bawah naungan Gereja Immanuel Muar pada 1.1.2003 di kawasan Skudai Parade.mereka memulakan dengan 5 keluarga.2 tahun kemudian,anggotanya mencapai 50 pada 1.02.2005.Oleh kerana anugerahnya melalui pelayanan serta pengorbanan mereka ini,sekian banya orang di selamatkan di kawasan Skudai Parade.Inilah doa dan harapan kita bagi semua KBM Presbyterian Malaysia

Tuesday, 1 December 2009

TENTANG GEREJA KAMI

VISI - Tahun 2005

Kami, jemaat dari Kebaktian Bahasa Malaysia berharap untuk mengadakan pelayanan dalam Bahasa Malaysia di gereja yang terdiri dari pelbagai kaum di bawah naungan gereja Presbyterian Malaysia.

Kami berharap bahawa:

1. KBM yang menerima bantuan sepenuh dari gereja tempatan akan maju ke depan supaya berdikari dari segi pentadbiran, kewangan dan penginjilan.

2. KBM akan terdiri daripada orang tempatan dan di pimpim oleh Pastor / Elder tempatan .
3. Jemaat tempatan akan di latih supaya menjadi pemimpin masa depannya.

4. Jemaat matang dalam ke rohanian dan Firman Tuhan supaya mereka menjadi teladan yang baik untuk ke saksian orang ramai berkenaan kasih sayang Tuhan.

5. Mengusahakan lima buah gereja dengan pelayanan Bahasa Malaysia.

MISI- Tahun 2005



Kami berazam untuk:

1. Perancangan yang baik dengan system penginjilan yang melibatkan semua jemaat (Mat 28:18-20)

2. Mengadakan kursus pemuridan supaya jemaat boleh di latih untuk melatih jemaat lain.

3. Menggalakkan pemimpin yang berbakat atau menerima panggilan dari Tuhan supaya mengambil kursus di seminary dimana mereka akan di lengkapi untuk menjadi pastor di KBM.

4. Membimbing jemaat dari pelbagai latarbelakang atau suku dari segi ke rohanian dan keperluan fizikal.

5. Memberi tumpuan sepenuh kepada jemaat dari pelbagai umur dan merancangkan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk mereka.


STRATEGI


Kami merancangkan :

1. Penginjilan melalui :

· Bahan terbitan

· Kelompok cell - perbincangan

· Aktiviti social - persekutuan, sukan, camp

· Seminar penginjilan

2. Pemuridan yang akan membawa jemaat ke tahap untuk mengambil bahagian dalam pembaptisan melalui

· Kajian Alkitab

· Doa

· Pemberian - persepulahan dan yang biasa

3. Mengadakan kursus untuk

· Penginjilan

· Pemuridan

· Latihan untuk jemaat yang ingin melayani Tuhan dengan lebih mendalam lagi


4. Kenalpasti panggilan Tuhan dalam kehidupan jemaat dan menggalak serta menghantar mereka ke Seminary dengan bantuan sepenuh dari gereja tempatan.

5. Mengambil tindakan serta merta untuk menguatkan dasar mereka dalam pengetahuan Firmaan Tuhan.



6. Mendekati kumpulan tertentu melalui

· Sekolah minggu - kanak kanak

· Persekutuan orang muda - pemuda-pemudi

· Kelompok cell - dewasa

7. Bantuan untuk pastor di KBM di ambil alih oleh gereja tempatan.

No comments:

Post a Comment