PASTOR IBRAHIM LAGAN

PASTOR IBRAHIM LAGAN
Salam sejahtera dalam kasih jesus kristus.Saya memuji tuhan kerana pada hari ini,semua yang kita usahakan dapat kita saksikan dengan nyata keranaanugerah tuhan maka pelayanan KBM Hebron berada sebagaimana adanya pada hari ini.Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menghargai serta mengucapkan banyak terima kasih pada semua saudara dan saudari yang bekerja kerasselama ini.khususnya Pastor Ruran.Elder Chew ,Ps Sigar dan Ps Ivung.Saya sekali lagi ingin katakan puji tuhan dan semoga tuhan memberkati kamu sekalian.Pelayanan KBM di mulakan oleh tiga orang di bawah naungan Gereja Immanuel Muar pada 1.1.2003 di kawasan Skudai Parade.mereka memulakan dengan 5 keluarga.2 tahun kemudian,anggotanya mencapai 50 pada 1.02.2005.Oleh kerana anugerahnya melalui pelayanan serta pengorbanan mereka ini,sekian banya orang di selamatkan di kawasan Skudai Parade.Inilah doa dan harapan kita bagi semua KBM Presbyterian Malaysia

Friday, 13 August 2010

HARI PEMBAHRUAN PERNIKAHAN BERSAMA KBM HEBRON SKUDAI

SEMUA JEMAAT AKAN BERKUMPUL DI GEREJA KBM HEBRON PADA PUKUL 3PETANG UNTUK MEMBUAT REHEASAL UNTUK KALI TERAKHIR SEBELUM BERAKSI PADA PUKUL 4 PETANG..SEMUA JEMAAT DAN AHLI KELUARGA YANG TERLIBAT DIMINTA HADIR PADA HARI INI..ACARA INI BERMULA PADA PUKUL 4PM - 7PM.
SETELAH SELESAI SEMUA TETAMU DI JEMPUT MENJAMU MAKANAN YANG TELAH DI SEDIAKAN

Saturday, 31 July 2010

CEL GROUP

“Diberkatilah orang yang mengandalkan TUHAN, yang menaruh harapannya pada TUHAN!” Yeremia 17:7
Bacaan Alkitab : Yesaya 31:1-3
(1) Celakalah orang-orang yang pergi ke Mesir minta pertolongan, yang mengandalkan kuda-kuda, yang percaya kepada keretanya yang begitu banyak, dan kepada pasukan berkuda yang begitu besar jumlahnya, tetapi tidak memandang kepada Yang Mahakudus, Allah Israel, dan tidak mencari TUHAN. (2) Akan tetapi Dia yang bijaksana akan mendatangkan malapetaka, dan tidak menarik firman-Nya; Ia akan bangkit melawan kaum penjahat, dan melawan bala bantuan orang-orang lalim. (3) Sebab orang Mesir adalah manusia, bukan allah, dan kuda-kuda mereka adalah makhluk yang lemah, bukan roh yang berkuasa. Apabila TUHAN mengacungkan tangan-Nya, tergelincirlah yang membantu dan jatuhlah yang dibantu, dan mereka sekaliannya habis binasa bersama-sama.
Saya percaya bahwa Anda mengerti akan arti mengandalkan Tuhan dalam kehidupan setiap hari. Namun coba renungkan apakah Anda senantiasa melibatkan Tuhan di dalam setiap apa yang Anda lakukan ? Apakah Anda sepenuhnya mengandalkan Tuhan di dalam setiap detail kehidupan Anda ?
*courtesy of PelitaHidup.com
Perhatikan sebagai contoh yang kecil saja, berapa banyak orang yang menganggap enteng mengenai hal beribadah kepada Tuhan, ada juga yang beribadah hanya sekedar kewajiban saja. Bukankah orang seperti itu tidak mengenal siapa Tuhan yang sesungguhnya ? Padahal jika mereka tahu siapa Tuhan, saya percaya mereka akan berbalik dan mulai beribadah dengan benar, baca dan renungkan Matius 10:28 Dan janganlah kamu takut kepada mereka yang dapat membunuh tubuh, tetapi yang tidak berkuasa membunuh jiwa; takutlah terutama kepada Dia yang berkuasa membinasakan baik jiwa maupun tubuh di dalam neraka.
Tuhan punya kuasa yang sangat tidak terbatas ! Iblis takut padaNYa ! Beruntungnya kita, bahwa Tuhan sangat senang jika diriNYa di libatkan oleh kita, Jika kita senantiasa mengandalkan DIA ! berapa kali saya katakan : ketika Tuhan kita libatkan dalam setiap langkah kita, maka langkah kita di atur olehNya, bukan itu saja Dia juga yang akan melakukan segala sesuatunya untuk kita !
Keluaran 14:14 TUHAN akan berperang untuk kamu, dan kamu akan diam saja. Bukankah ini adalah sesuatu yang sangat istimewa ? Namun demikian kenyataannya, tetap saja kita sering mengandalkan pikiran kita, kekuatan kita bahkan pandangan kita untuk memutuskan sesuatu dan untuk mengerjakan serta menyelesaikan sesuatu hal !
Perhatikan suatu contoh yang sangat baik. Abraham ketika dia melihat tidak ada dasar apapun untuk berharap, ketika dia lihat dirinya yang sudah sangat tua, ketika dia lihat Sara yang juga semakin tua dan sangat mustahil untuk mempunyai keturunan atau tidak mungkin akan terjadi sama sekali. Ketika intimidasi terus menekan Abraham dengan apa yang dia lihat dan dengar ! Abraham tidak mau mengandalkan pikirannya, Kekuatannya untuk mengatasi semua itu.
Perhatikan apa yang Abraham lakukan Roma 4:18 Sebab sekalipun tidak ada dasar untuk berharap, namun Abraham berharap juga dan percaya, bahwa ia akan menjadi bapa banyak bangsa, menurut yang telah difirmankan: “Demikianlah banyaknya nanti keturunanmu.” Abraham tetap menfokuskan semuanya pada Allah yang besar, yang sanggup melakukan semua itu !
*courtesy of PelitaHidup.com
Bagaimana dengan kita ? bukankah seringkali ketika kita diperhadapkan dengan masalah yang kecil saja, kita goyah ? mungkin mulut kita berbicara percaya pada Tuhan, tetapi tidak dengan hati ! kita mulai berpikir jalan keluar, kita mulai mencari sesuatu yang dapat menenangkan hati kita, bukankah begitu ? semua terjadi karena kita tidak mau belajar untuk berani mengandalkan Tuhan dan menaruh harapan kita kepada Dia , Allah yang sanggup melakukan apapun !
Tuhan berfirman kepada nabi Yesaya dalam bacaan di atas bahwa hanya Tuhan yang sanggup menjadi penolong satu satunya. Dia yang pantas dan layak di andalkan ! ketika Anda berharap dan mengandalkan kekayaan Anda, semua itu bisa lenyap dalam sekejap ! Anda mengandalkan kepintaran atau kekuatan Anda, tubuh Anda bisa melemah dan menderita sakit penyakit , Anda mengandalkan orang, suatu saat Anda pasti akan kecewa.
*courtesy of PelitaHidup.com
Yesaya 2:22 Jangan berharap pada manusia, sebab ia tidak lebih dari pada embusan nafas, dan sebagai apakah ia dapat dianggap?
Daud katakan dalam Mazmur 147:11 TUHAN senang kepada orang-orang yang takut akan Dia, kepada orang-orang yang berharap akan kasih setia-Nya.
Perhatikan pada saat Daud mengalami tekanan, apa yang dia lakukan ? Mazmur 42:6 Mengapa engkau tertekan, hai jiwaku, dan gelisah di dalam diriku? Berharaplah kepada Allah! Sebab aku akan bersyukur lagi kepada-Nya, penolongku dan Allahku! Daud tetap berharap pada Allah !
*courtesy of PelitaHidup.com
Apa yang Anda hadapi saat ini ? mulai belajar mengandalkan Tuhan sepenuhnya ! mulai belajar untuk berharap pada Dia, Ratapan 3:25 TUHAN adalah baik bagi orang yang berharap kepada-Nya, bagi jiwa yang mencari Dia.
Firman Allah tidak pernah berdusta, Setiap apa yang ada dalam Firman Tuhan pasti di genapi, Perhatikan Yeremia 17:7-8 Diberkatilah orang yang mengandalkan TUHAN, yang menaruh harapannya pada TUHAN! Ia akan seperti pohon yang ditanam di tepi air, yang merambatkan akar-akarnya ke tepi batang air, dan yang tidak mengalami datangnya panas terik, yang daunnya tetap hijau, yang tidak kuatir dalam tahun kering, dan yang tidak berhenti menghasilkan buah.

Saturday, 24 July 2010

Thursday, 22 July 2010

SESI BERGAMBAR BERSAMA KBM HEBRON BI DAN BM

KBM HEBRON BM DAN BI AKAN MENGADAKAN SESI BERGAMBAR PASANGAN SUAMI ISTERI PADA 14 OGOS 2010 IA ITU PADA HARI SABTU,SESI BERGAMBAR INI AKAN DI ADA KAN DI GEREJA HEBRON PADA PUKUL 10 PAGI.
SEMUA YANG TERLIBAT DI KEHENDAKI HADIR LEBIH AWAL UNTUK MENYENANGKAN LAGI PROSES PERSOLEKAN DAN PEMILIHAN BAJU UNTUK PENGANTIN PEREMPUAN DAN LELAKI..

CEL GROUP DI RUMAH PAK RANGGA SEKELUARGA



Saturday, 3 July 2010

Saturday, 19 June 2010

Tuesday, 15 June 2010

ADAKAH KITAB INJIL BENAR-BENAR FIRMAN TUHAN ?

Adakah Kitab Injil benar-benar Firman Tuhan?




Soalan: Adakah Kitab Injil benar-benar Firman Tuhan?

Jawapan: Jawapan kepada soalan ini bukan sahaja menunjukkan pandangan kita terhadap Kitab Injil dan kepentingannya dalam hidup kita, malah akan mempengaruhi kita sepanjang masa. Jika Kitab Injil ialah firman Tuhan, maka kita perlu menghargai, mengkaji dan akhirnya percaya kepadanya. Jika Kitab Injil ialah firman Tuhan, maka menafikan kitab Injil adalah sama dengan menafikan Tuhan sendiri.

Hakikat mengenai Tuhan dalam Kitab Injil telah membuktikan kasih-Nya kepada kita. Perkataan Wahyu bermakna Tuhan berhubung dengan manusia untuk memberitahu kita siapakah Dirinya dan bagaimana kita boleh mempunyai hubungan baik dengan Tuhan. Perkara-perkara itu tidak akan diketahui oleh manusia jika Tuhan tidak memberikan Wahyu melalui Kitab Injil. Walaupun Wahyu Tuhan di dalam Kitab Injil diberikan secara berperingkat selama 1500 tahun, ia mengandungi semua maklumat penting mengenai Tuhan supaya kita dapat mempunyai hubungan baik dengan-Nya. Jika Kitab Injil benar-benar firman Tuhan, maka ia adalah kewibawaan muktamad ke atas kepercayaan, peraturan agama dan akhlak kita.

Soalan yang patut kita tanya ialah bagaimana kita boleh pasti bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan dan bukan hanya sebuah buku yang baik. Apakah sifat Kitab Injil yang unik yang membezakannya daripada buku-buku agama yang lain. Terdapatkah bukti bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan yang benar? Soalan-soalan inilah yang patut kita kaji jika kita benar-benar ingin mengetahui sama ada kitab Injil itu Firman Tuhan, diberikan oleh Tuhan dan ajarannya lengkap untuk kepercayaan dan amalan agama.

Hakikatnya, Kitab Injil memang mengaku bahawa ia Firman Tuhan. 2 Timotius 3:15-17 dengan jelas menyatakan, “Dan sejak kecil lagi engkau telah mengenal Alkitab. Alkitab itu boleh memberi engkau kebijaksanaan untuk mendapat penyelamatan melalui iman kepada Kristus Yesus. Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah dan berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak Allah. Dengan Alkitab, orang yang mengabdikan diri kepada Allah dapat dilengkapi dengan sempurna untuk melakukan segala macam pekerjaan yang baik.”

Untuk menjawab soalan-soalan ini kita perlu melihat bukti dalaman dan luaran. Bukti dalaman ialah kandungan Kitab Injil yang mempersaksikan bahawa ia berasal daripada Tuhan. Satu bukti dalaman yang membuktikan bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan ialah kesatuannya. Walaupun kitab Injil terdiri daripada 66 buah buku yang berasingan dan ditulis di tiga benua, dalam bahasa yang berlainan, dalam masa 1500 tahun, oleh 40 penulis-penulis (daripada latar belakang yang berbeza), kandungan Kitab Injil masih mempunyai kesatuan dari permulaan hingga akhir tanpa percanggahan. Kesatuan ini adalah keunikan yang tidak terdapat di dalam buku-buku lain dan membuktikan bahawa asalnya adalah daripada Tuhan yang membantu manusia untuk menulis firman-Nya secara tepat.

Satu lagi bukti dalaman yang menunjukkan bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan boleh dilihat daripada nubuat-nubuat yang teliti di dalamnya. Kitab Injil mengandungi beratus-ratus nubuat terperinci mengenai masa depan negara seperti Israel, masa depan bandar-bandar tertentu, masa depan manusia dan meramal kedatangan Messiah, penyelamat Israel dan dunia. Berbeza daripada nubuat dalam buku agama yang lain seperti Nostradamus, nubuat Kitab Injil adalah amat terperinci dan tidak pernah gagal. Terdapat 300 nubuat-nubuat mengenai Yesus Kristus di dalam Kitab Zabur. Bukan sahaja menyatakan tempat Yesus akan dilahirkan dan siapakah ahli keluarganya, malah bagaimana Dia akan mati dan bangkit semula selepas tiga hari. Tiada cara lain yang boleh menjelaskan nubuat-nubuat yang berlaku kecuali Kitab Injil itu betul-betul berasal daripada Tuhan. Tiada buku-buku agama lain yang mempunyai nubuat-nubuat seperti Kitab Injil.

Bukti dalaman yang ketiga ialah kewibawaan dan kekuasaannya yang unik. Walaupun bukti ini adalah lebih subjektif berbanding dengan kedua-dua bukti yang dinyatakan di atas, ia masih merupakan kesaksian yang berkuasa dan menunjukkan bahawa Kitab Injil berasal daripada Tuhan. Kitab Injil menpunyai kekuasaan yang unik dan berlainan daripada buku-buku agama lain. Kuasanya boleh dilihat daripada kehidupan orang ramai yang berubah selepas mereka membaca kitab Injil. Penagih dadah diubati, banduan yang berhati keras menjadi baik, orang yang berdosa ditegur, dan kebencian ditukar menjadi kasih. Kitab Injil mempunyai kuasa yang dinamik dan menyentuh hati manusia, hal ini hanya boleh dilakukan oleh Tuhan.

Selain daripada bukti dalaman, terdapat juga bukti luaran. Salah satu bukti ialah peristiwa sejarah dalam Kitab Injil. Kitab Injil menyatakan peristiwa dalam sejarah dengan terperinci maka ketepatan dan kebolehpercayaannya boleh disemak seperti buku sejarah yang lain. Melalui bukti-bukti kaji purba dan buku-buku sejarah lain, catatan sejarah Kitab Injil kerap terbukti tepat. Manuskrip kaji purba menyokong Kitab Injil dan menjadikannya sebuah buku yang boleh dipercayai sejak dari zaman dulu. Hakikat bahawa Kitab Injil menulis dengan tepat perkara-perkara dalam sejarah menunjukkan kebolehpercayaannya berkaitan dengan subjek agama dan doktrin kepercayaan, hal ini membantu menyokong hakikat bahawa Kitab Injil ialah firman Tuhan.

Satu lagi bukti luaran ialah integriti penulis-penulisnya. Seperti yang dikatakan dahulu, Tuhan menggunakan manusia yang berlainan latar belakang untuk menulis firman-Nya. Apabila kehidupan penulis-penulis itu dikaji, didapati bahawa mereka adalah orang yang jujur dan ikhlas maka boleh dipercayai. Kajian ke atas hidup mereka dan hakikat bahawa mereka sudi mati (dengan diseksa) untuk kepercayaan mereka, jelaslah menunjukkan bahawa manusia yang biasa itu benar-benar percaya Tuhan telah bercakap dengan mereka. Mereka yang menulis Kitab Injil dan pengikut-pengikut Yesus percaya akan Kitab Injil kerana mereka bersama dengan Yesus dan pernah melihat Yesus selepas Dia bangkit daripada kematian (1 Korintus 15:6). Kebangkitan Yesus memberi pengaruh yang kuat ke atas pengikutnya. Mereka tidak takut sehingga bersembunyi lagi, tetapi sudi mati untuk Tuhan yang menurunkan Wahyu kepada mereka. Kehidupan dan kematian mereka membuktikan bahawa Kitab Injil itu firman Tuhan.

Bukti luaran terakhir ialah Kitab Injil tidak dapat dihapuskan. Disebabkan Kitab Injil ialah Firman Tuhan yang penting, maka ia sering diserang dan terdapat percubaan untuk menghapuskannya. Raja Roman seperti Diocletian, pihak komunis dan mereka yang tidak percaya kepada Tuhan cuba menghapuskan dan mengkritik Kitab Injil, tetapi Kitab Injil masih kekal wujud dan dicetak di seluruh dunia.

Sepanjang masa, mereka meragui dan menganggap Kitab Injil ialah cerita mitos, tetapi kaji purba telah membuktikan kebenaran sejarahnya. Pembangkang menentang dan mengatakan bahawa ia primitif dan ketinggalan zaman, tetapi ajaran moral dan peraturannya mempunyai pengaruh yang positif ke atas masyarakat dan kebudayaan di seluruh dunia. Ia terus diserang oleh sains, psikologi dan politik tetapi ia masih kekal wujud seperti masa dulu. Kitab injil ialah sebuah buku yang telah mengubah beribu-ribu nyawa dan kebudayaan sejak 2000 tahun dulu. Tidak kira bagaimana pembangkangnya cuba menentang dan memusnahkannya, Kitab Injil masih kekal kuat dan boleh dipercayai. Ketepatannya kekal walaupun terdapat percubaan untuk memusnahkannya, dan hal ini membuktikan bahawa ia ialah firman Tuhan yang benar. Kita boleh berasa kagum apabila melihat Kitab Injil kekal tidak berubah walaupun diserang dengan sengit. Tambahan pula, Yesus berkata, “Langit dan bumi akan lenyap, tetapi firman-Ku kekal selama-lamanya.” (Markus 13:31). Selepas mengkaji semua bukti dan fakta, kita boleh berkata dengan yakin bahawa “Ya, Kitab Injil ialah Firman Tuhan yang benar.”

APAKAH KRISTIAN ?

Apakah Kristian?




Soalan: Apakah Kristian?

Jawapan: Kamus Webster mentakrifkan ‘Kristian’ sebagai “seseorang yang menyatakan kepercayaannya kepada Yesus sebagai Kristus atau percaya kepada sesuatu agama yang berdasarkan ajaran Yesus”. Walaupun takrifan ini merupakan satu permulaan yang baik untuk memahami makna Kristian, tetapi takrifan ini hanya definisi sekular dan belum dapat menerangkan makna Kitab Injil dengan tepat.

Perkataan Kristian digunakan tiga kali di dalam Kitab Injil (Kisah Para Rasul 11:26, 26:28, 1 Petrus 4:16). Pengikut-pengikut Yesus Kristus pertama kali dipanggil “Kristian” di Antiokhia (Kisah Para Rasul 11:26) kerana kelakuan, aktiviti dan percakapan mereka seperti Kristus. Asalnya gelaran Kristian itu adalah digunakan oleh orang yang tidak percaya kepada Kristus di Antiokhia untuk mengetawakan Kristian. Makna harafiahnya ialah “orang yang memihak kepada parti Kristus” atau “pengikut Kristus”, definisi itu sangat serupa dengan definisi kamus Webster.

Malangnya, perkataan “Kristian” telah hilang makna asalnya dan selalu digunakan ke atas orang yang menunjukkan perbuatan agamanya yang bermoral tetapi bukan untuk mereka yang dilahirkan semula dan mengikut ajaran Yesus dengan betul dan ikhlas. Ramai orang yang tidak percaya kepada Yesus menganggap diri mereka Kristian semata-mata kerana mereka pergi ke gereja ataupun hidup di negara Kristian. Tetapi, menghadiri gereja, berkhidmat untuk orang yang bernasib malang, atau menjadi orang yang baik dan bermoral tidak menjadikan kamu Kristian yang benar. Seorang pendakwa pernah menyatakan, “Pergi ke gereja tidak menjadikan kamu Kristian dan hal ini seperti pergi ke bengkel kereta tidak menjadikan kamu kereta.” Kamu tidak akan menjadi Kristian dengan menyertai gereja, pergi ke gereja setiap hari Ahad, dan melakukan kerja-kerja di gereja.

Kitab Injil menyatakan kerja kebajikan yang kita lakukan tidak akan mendapat rahmat Tuhan. Titus 3:5 berkata, “Dia menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan baik kita, tetapi kerana belas kasihan-Nya. Tuhan menyelamatkan kita melalui Roh-Nya yang mengurniai kita kelahiran baru dan hidup baru dengan membasuh kita.” Jadi, Kristian ialah seseorang yang dilahirkan semula oleh Tuhan (Yohanes 3:3, 3:7, 1 Petrus 1:23) dan percaya kepada Yesus sepenuhnya. Efesus 2:8 berkata, “Oleh sebab kasih kurnia-Nya kamu diselamatkan melalui iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Tuhan.” Seorang Kristian yang benar ialah orang yang menyesali dosanya dan percaya kepada Yesus sahaja. Kepercayaan mereka bukan mengikut satu set kod moral atau menganut agama tertentu, atau mempunyai satu senarai perbuatan yang boleh dilakukan atau diharamkan.

Seorang Kristian yang benar ialah orang yang percaya kepada Yesus Kristus dan percaya kepada hakikat bahawa Dia mati di atas salib sebagai pampasan kepada dosa manusia dan bangkit semula pada hari ketiga sebagai bukti bahawa Dia telah berjaya memenangi kematian dan mampu memberi hidup kekal kepada mereka yang mempunyai iman di dalam-Nya. Yohanes 1:12 berkata, “Tetapi semua orang yang menerima-Nya diberi-Nya kuasa untuk menjadi anak Tuhan, iaitu mereka yang percaya kepada nama-Nya;” Seorang Kristian yang benar ialah anak Tuhan, sebahagian daripada keluarga Tuhan, dan seorang yang mempunyai nyawa baru di dalam Kristus. Tanda seorang Kristian yang baik ialah kasih sayang terhadap orang lain dan taat setia kepada kata-kata Tuhan (1 Yohanes 2:4, 2:10).

Friday, 11 June 2010