JEMAAT KBM SEDANG MEMBAWA LAGU PUJIAN DAN SEMBAH SEBELUM PERGI KE PERKAMPUNGAN ORANG ASLI
KBM
KBM
PASTOR IBRAHIM LAGAN
Monday, 30 November 2009
PENGENALAN
Sejarah KBM—Kebaktian Bahasa Malaysia
Kebaktian Bahasa Malaysia bermula sejak enambelas tahun dahulu. Ia bermula di Kluang dimana pelayanan dalam Bahasa Malaysia telah lama wujud disitu. Ini di ikuti dengan Muar.
Melalui kerjasama dengan SIB Sarawak, Pastor Usit menjadi gembala BM pertama dari SIB. Dia melayani di Kluang dan Muar.
Disebabkan oleh keperluan kebaktian Bahasa Malaysia yang semakin banyak, Pastor Steve Balang di hantar untuk melayani di Muar.
Pastor Balang Raut mengambil alih pelayanan di Kluang kerana Ps Usit di beri tanggungjawab untuk memulakan pelayanan baru di Masai.
Dengan kedatangan Pastor Harun Sedin pada 1995, Pastor Balang Raut di hantar untuk melayani di Kulai.
KBM Kulai mula mengusahakan kebaktian baru di Pontian pada 1996. Di sebabkan oleh keperluan yang makin mendesak, Pastor Ruran Amir telah di hantar untuk melayani di Pontian.
Pelayanan ke lima KBM telah di usahakan oleh Gereja Grace Batu Pahat. Pastor Ivung Merang telah di hantar untuk melayani di sana.
Seramai 10 pastor telah melayani di 5 buah kebaktian Bahasa Malaysia yang di bawah naungan ESP (English Speaking churches).
Subscribe to:
Posts (Atom)